IMPORT LEMBU/KAMBING

Haiwan Hidup

Harbour Malaysia Group (HMG) mengimport lembu dari negara jiran Thailand memandangkan bekalan tempatan tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi terutamanya semasa musim perayaan Hari Raya Korban. Lembu-lembu diimport melalui jalan darat Bukit Kayu Hitam, Kedah dan selepas dikuarantin akan diedarkan ke seluruh Malaysia.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada negara jiran untuk mendapatkan bekalan lembu hidup, HMG sedang merangka satu perancangan jangka masa panjang. Program ini masih lagi di peringkat kajian dan sekiranya didapati mempunyai potensi yang memberangsangkan HMG akan meneruskan program tersebut ke fasa seterusnya.