DAGING HALAL SEJUK BEKU

Daging Sejuk Beku

Harbor Malaysia Group (HMG) telah menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan dan luar negara untuk mengurus kemasukan daging sejuk beku lembu dan kerbau ke Malaysia untuk dibungkus semula (repacking) dan dieksport kembali ke negara-negara sekitar Asia dan China.

HMG mengimport daging dari India, Pakistan, New Zeland dan Australia. Daging-daging ini adalah dari kilang-kilang pemprosesan yang HALAL dan mendapat pengiktirafan dari JAKIM dan MAQIS.

Di samping mengimport dan mengeksport daging sejuk beku, HMG juga mempunyai matlamat untuk mengedar ke seluruh Malaysia melalui rangkaian HARBOUR MART yang kini masih lagi di dalam fasa perancangan awal. Melalui rangkaian HARBOUR MART, rakyat dapat membeli daging lembu, kerbau, bebiri dan kambing pada harga yang cukup kompetitif.

HARBOUR MART bukan sahaja menjual daging sejuk beku tetapi lain-lain produk keperluan rakyat pada harga yang cukup rendah agar rakayat dapat menikmati “VALUE FOR MONEY” setiap sen yang dibelanjakan.